Entah bagaimana dan kenapa, saya tiba-tiba terfikir untuk mendapatkan domain asal blog saya sebelum ini iaitu www.selamatjamil.com. Blog ini agak aktif suatu ketika masa dahulu dan saya gunakan ia untuk berkongsi kepada pengunjung blog mengenai perjalanan karier saya, berkongsi mengenai peluang-peluang perniagaan, berkongsi informasi semasa dan sebagainya. 

Saya bercadang untuk 'menghidupkan' semula blog tersebut tetapi agak kecewa kerana domain tersebut telah di miliki oleh orang lain dan di letakkan dalam status 'untuk di jual'.
Haish...Saya mengeluh juga apabila current bid untuk domain in sudahpun mencecah RM1,076.70 belum di tambah lagi dengan kos-kos yang mungkin ada untuk proses jual/beli ini. Walaubagaimanapun, jika saya ingin mendapatkan domain ini tanpa melalui proses auction, saya perlu membayar sebanyak USD299 atau bersamaan RM1,045.14. Itupun jika kadar tukaran wang USD kepada Ringgit Malaysia masih di dalam lingkung RM3.50 untuk setiap 1 Dollar.


Saya tidak pasti bila, tetapi saya akan cuba mendapatkan domain ini semula suatu hari nanti apabila saya boleh menghasilkan 'sesuatu' melalui blog sementara ini. Sebagai seorang yang agak cerewet dan kedekut bila melibatkan soal duit, saya tidak perlu terlalu emosi untuk mendapatkan domain ini secara terburu-buru. 

Ini juga antara nasihat dan cakap-cakap yang acap kali saya dengar daripada orang sekeliling. Bila melibatkan duit, ambil lah sedikit masa untuk membuat keputusan. Apa yang saya boleh kongsikan kepada anda dan terutamanya saya sendiri?

Buat Keputusan Untuk Manfaat Jangka Panjang

Bila kita membuat sesuatu keputusan, perkara pertama sekali adalah apakah kesan jangka panjang yang mungkin kita akan dapat dengan tindakan yang kita lakukan hari ini. Kita memang tidak akan dapat merasal masa depan dan tidak tahu apa akan terjadi waima sekejap lagi selepas anda selesai membaca post ini.

Cuma apa yang ingin saya sampaikan adalah, setiap keputusan kita hari ini pasti akan mempengaruhi masa depan kita. Bila kita buat sesuatu keputusan, jangan hanya fikirkan hasilnya sedangkan kita tidak fikir berapa lama kita perlukan untuk memperolehi hasil tersebut.

Jadi, apabila kita ingin membuat keputusan apakah hasil yang bakal kita perolehi dan berapa masa jangka masa yang di perlukan. Barulah kita tidak kelam kabut membuat keputusan secara semborono.

Hari Ini Mungkin Belum Berguna

Ya, jika kita balik semula kepada situasi yang saya hadapi, domain yang saya beli sebelum itu hanyalah sekitar USD8 setahun. Pada ketika itu, domain ini tidaklah memberi manfaat secara langsung kepada bisnes yang saya jalankan melainkan ia nampak sedikit profesional daripada blog biasa.

Tapi seteleah beberapa tahun, baru saya nampak kepentingan domain ini kepada bisnes yang saya lakukan. Sudah tentu bila saya ingin mendapatkan domain ini semula ia akan memberikan kos yang agak tinggi kepada saya.

Saya yakin, suatu hari nanti saya akan dapatkan semula domain ini pada harga yang saya boleh terima.

Kesimpulannya, belum tentu apa yang anda buat atau lakukan hari ini tidak atau belum berguna. Cuma ia belum sampai masanya dan nasihat saya, teruskan sahaja apa yang anda yakini memberi manfaat kepada anda pada masa akan datang.

Kesabaran, Kunci Kejayaan

Ini point last yang saya nak masukkan dalam post ini. Apa sahaja perlukan masa dan perlukan proses untuk berjalan seperti yang kita harapkan. Ketika kita kecil, kita tidak terus berlari. Kita bermula dengan step by step sehinggalah menjadikan kita seperti hari ini.

Selain daripada kesabaran, konsistensi juga perlu untuk memastikan proses tersebut dapat di jalani dengan baik. Jika anda sabar dan konsisten melakukan sesuatu yang anda fikir boleh memberikan hasil seperti yang di harapkan, mengapa berhenti sebelum mencapainya?