Hari ini kita telah pun memasuki minggu ketiga bulan 12 dan beberapa minggu lagi kita akan memasuki tahun 2015 yang di katakan lebih mencabar khususnya kepada Rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan khabar angin mengenai kesan langsung daripada sistem cukai terbaru negara iaitu Goods and Service Tax (GST) yang akan di laksanakan pada 1 April 2015.


Inilah dunia dan inilah hakikat kehidupan sekeliling kita hari ini. Bagaimana kita ingin respon terhadap perkembangan ini bergantung kepada kita sepenuhnya. Masing-masing ada hak dan mempunyai pandangan tersendiri mengenai apa jua isu yang di hadapi. Jika sesetengah orang menganggapnya sebagai negatif, masih ada yang berfikiran positif untuk menyerap tekanan dan masalah. Bagi saya, cuba asingkan antara pendapat peribadi dengan pendapat umum supaya perbincangan dapat di lakukan tenpa melibatkan emosi yang kecewa.

Bercakap mengenai emosi, saya juga hampir-hampir melakukan sesuatu dan membuat keputusan kerana emosi beberapa hari lalu. Ia sebenarnya amatlah bahaya bagi kita sebagai pemilik perniagan untuk membuat sebarang keputusan di dalam keadaan beremosi. Pengajaran yang saya boleh ambil daripada perkara ini adalah cuba bersifat sabar dan tenang. Ini adalah perkara utama. Membuat keputusan ketika beremosi dan tidak sabar atau tenang boleh mengundang binasa kepada perniagaan yang kita jalankan.


Kedua, Asingkan perkara yang tidak sewajarnya di gabungkan. Bagi anda sendiri, tentu pernah mendengar atau membaca artikel mengenai pentingnya kita mengasingkan perkara peribadi dengan kerja, perkara peribadi dengan perniagaan, perkara yang melibatkan kerja dan perniagaan dan sebagainya. Apa sahaja perkara yang tidak berkaitan harus di asingkan antara satu sama lain. Apabila kita berjaya mengasingkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, percayalah kita akan lebih mudah membuat keputusan dan menyerap tekanan.

Secara ringkasnya, apabila kita menerima tekanan atau berada dalam keadaan emosi, 2 perkara ini boleh membantu anda membuat keputusan dengan cepat dan tepat :-
  1. Bersabar dan bertenang. Ini adalah tindakan yang paling berkesan sekali untuk menyerap tekanan dan menghindarkan diri daripada beremosi
  2. Asingkan. Kadang-kadang kita terlibat dengan perkara beremosi kerana kita menghadapi konflik atau situasi lain yang tidak berkenaan. Jadi, apabila kita menerima tekanan, emosi terdahulu boleh terbawa-bawa ke dalam situasi yang berlainan
Terima kasih kerana membaca post kali ini sehingga akhir. Saya cuba memperbaiki tulisan saya hari demi hari agar apa yang ingin di sampaikan oleh saya terus sampai kepada anda yang membacanya. Jika ada sebarang komen dan pandangan, mohon kongsikan di ruangan komen di bawah. Jika artikel ini di rasakan bermanfaat untuk anda kongsikan, saya alu-alukan untuk kongsikan artikel ini melalui medium sosial di bawah. Semoga berjumpa lagi!