Cara Buat Bajet Kewangan 2015

Ok, esok adalah hari terakhir untuk tahun 2014 ni. Sedar tak sedar kita dah pun melalui 365 hari sepanjang tahun 2014 ini tepat pukul 12.00 malam esok. Bersesuaian dengan tajuk artikel ini, saya nak kongsikan kepada anda Cara Buat Bajet Kewangan peribadi untuk tahun 2015 ni. 

Kenapa Bajet? Kenapa bukan perkara lain?Well, tahun 2015 adalah tahun yang mencabar untuk majoriti rakyat Malaysia. Setuju dengan saya? Baik, sebelum kita straight to the point, saya harap anda faham apa yang di maksudkan dengan bajet.


Bajet = Pelan perbelanjaan untuk mengimbangi wang yang anda terima dan anda belanjakan.

Kata kunci:

Pelan 

Wang Terima 

Wang Belanja


So, dalam bahasa lebih mudah, ia adalah pelan bagaimana untuk anda belanjakan wang yang anda terima setiap bulan.

Jika anda suka artikel ini, saya harap anda dapat share dengan rakan-rakan anda melalui butang share di bawah tajuk artikel ini.

Baiklah, sebagai seorang yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan sendiri, perspektif penyediaan bajet ini adalah lebih kepada mereka yang sudahpun berumah tanggan dan tak salah jika anda masih bujang untuk mengetahui Cara Buat Bajet Kewangan ini.


Langkah 1 : Bincang
Anda ada pasangan kan? Mungkin anda penyumbang terbesar kepada pendapatan bulanan isi rumah anda. Walaubagaimanapun, untuk memastikan perancangan bajet kewangan peribadi ini berjaya di laksanakan sepenuhnya, anda perlu berbincang dengan pasaangan anda. Apa yang anda nak bincangkan? Jika ini adalah kali pertama, bincang kenapa anda pelu membuat bajet kewangan kepada pasangan anda. Kerana melalui pengalaman saya, perancangan bajet tanpa perbincangan dengan pasangan tidak akan bertahan lama.

Langkah 2 : Rancang
Selepas berbincang dengan pasangan akan niat anda, seterusnya adalah merancang matlamat kewangan anda, seeloknya juga dengan pasangan. Apa yang matlamat kewangan anda setiap bulan? 

Nak simpan 10% pendapatan setiap bulan?
Nak melancong 2-3 bulan akan datang?
Nak beli kereta baru setahun lagi?
Nak kahwin lagi? (err..yang ini agak sensitif, hati-hati..hee)

Bagi memudahkan urusan anda, anda perlu menetapkan berapa simpanan wajib setiap bulan. Oh ya, sebelum saya terlupa, dalam menyediakan bajet pastikan anda mengutamakan simpanan wajib sebelum perbelanjaan lain. 10-20% untuk simpanan wajib adalah peratus yang boleh di terima dan tidak membebankan.

Jadi, pengiraan bajet anda sepatutnya :-

Jumlah Pendapatan Isi Rumah - Zakat/Cukai - Simpanan = Perbelanjaan

Ini adalah pengiraan sebenar untuk merancang bajet kewangan kerana kita biasa membuat bajet seperti pengiraan di bawah :-

Jumlah Pendapatan Isi Rumah - Zakat/Cukai - Perbelanjaan = Simpanan

Biasanya tiada baki untuk simpanan..huhu

Langkah 3: Bentang
Dah rancang matlamat kewangan peribadi tadi kan? Sekarang tiba masanya untuk anda bentang rancangan kewangan anda bersama pasangan. Adakah setiap rancangan kewangan itu di persetujui atau perlukan pengubahsuaian. Dalam langkah ini, anda perlu terangkan lebih jelas, kemana semua pendapatan akan di gunakan dengan lebih teliti.

Contoh:
Anda bercadang untuk bercuti di Pulau Pangkor pada Bulan 6 Nanti dan setelah anda melakukan kajian mengenai kos dan juga perbelanjaan lain, anda perlukan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM5000.

Bermakna, setiap bulan anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM840 setiap bulan (Angka sebenar adalah RM833.3333). Genapkan kepada angka lebih tinggi yang terdekat. Jadi, sebelum anda kata Ya terhadap simpanan yang bakal di lakukan, anda perlu kira berapakan (%) simpanan tersebut kepada pendapatan bulanan isi rumah anda.

Katalah pendapatan isi rumah anda adalah RM9,000 setiap bulan, bermakna RM840 adalah 9.3% daripada pendapatan bulanan.

Secara peribadi, jika boleh, pastikan anda mempunyai 10-20% simpanan daripada jumlah pendapatan. Jadi, 9% adalah angka yang boleh di capai dan tidak membebankan. Itulah pentingnya anda melakukan langkah 2 dengan lebih terperinci. Jika anda menetapkan 15% simpanan setiap bulan, anda kini telahpun mempunyai 2 simpanan. 9% untuk simpanan percutian dan 6% untuk simpanan wajib. 

Langkah 4: Lakukan Sekarang
Betul, langkah 1 sehingga langkah 3 tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada kedudukan kewangan bulanan anda jika anda tidak melakukan langkah terakhir ini. Ramai yang gagal melaksanakan bajet kewangan ini kerana mereka hanya melalukan langkah 1 hingga 3 sahaja. Jadi lakukan sekarang!

Rumusan
Sebenanrnya banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menyediakan BAJET KEWANGAN bulanan. Di tambah pula sekarang banyak aplikasi untuk merancang kewangan peribadi yang anda boleh dapati secara percuma melalui Google Play atau Apps Store. Apa yang penting, selain kerjasama, anda perlukan disiplin yang tinggi untuk memastikan peracangan kewangan anda berjaya setiap bulan. Ianya sukar untuk di lakukan tetapi jika kita tidak mulakan hari ini, ia akan sentiasa sukar! 


NOTA:
Saya amat bersimpati dengan semua mangsa banjir yang melanda negara kita sekarang terutamanya di Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta beberapa negeri lain yang terlibat secara tidak langsung. Sebak rasanya apabila melihat kemusnahan tempat tinggal mangsa-mangsa banjir yang saya nampak amat dahsyat seperti kesan Tsunami yang menimpa Acheh 10 tahun yang lalu. Di tambah pula dengan kehilangan Pesawat AirAsia baru-baru ini, membuatkan saya rasa amat kerdil sekali di atas dunia ini. Marilah kita sama-sama berdoa, menyumbang dan membantu mengikut kemampuan kita. 



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    BalasPadam