Assalamualaikum....
Seperti yang anda baca tajuk di atas, saya akan buat penstrukturan semula blog-blog yang saya ada supaya lebih teratur dan tidak di campur adukkan. Saya ada beberapa domain yang masih aktif dan sayang rasanya kalau tak buat apa-apa. Ada 5 domain yang masih aktif termasuk 2 domain ini.


Antara domain yang akan saya guna dan aktifkan adalah selamatjamil.my. Jadi selepas ini, tulisan-tulisan saya berkenaan perniagaan dan maklumat-maklumat yang berat akan saya masukkan di blog tersebut.

Jadi, akan ada 2 blog yang saya akan aktifkan dan gunakan buat masa ini iaitu selamatjamilblog.my dan selamatjamil.my. Blog pertama iaitu blog yang anda sedang baca ini akan lebih berkisar kepada aktiviti-aktiviti peribadi yang saya boleh kongsikan kepada anda.

Manakalah blog kedua nanti iaitu selamatjamil.my akan berkisar kepada info-info yang lebih serius dan berat termasuk perniagaan dan perkongsian tips-tips berkenaan bisnes dan kewangan. Minggu ni minggu terakhir bulan 5 dan insyaAllah minggu pertama bulan depan, saya akan bercuti lebih kurang seminggu untuk recharge balik tenaga & aura bersama isteri dan anak-anak. :)

Selepas balik bercuti nanti saya akan kongsikan kepada anda perkara-perkara menarik yang kami perolehi melalui percutian keluarga yang pertama ini. Minggu ni banyak perlu di selesaikan supaya saya dapat bercuti dengan aman....hee..

Baiklah, kita jumpa lagi insyaAllah 2 minggu dari sekarang untuk coretan dan tulisan yang lebih santai pada post akan datang. Kepada cikgu-cikgu yang juga turut akan bercuti selama 2 minggu, happy bercuti ya!