Gaji Tak Cukup Setiap Bulan?

Masalah gaji tak cukup setiap bulan bukanlah sesuatu perkara baru yang terjadi di kalangan masyarakat kita hari ini. Pengurusan wang yang tidak teratur dan di tambah dengan kos sara hidup yang tinggi antara punca mengapa perkara ini sering terjadi. Selalunya.





Berikut adalah penyelesaian jangka pendek seterusnya penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan masalah gaji tak cukup setiap bulan. Pelaksanaan yang berterusan memungkinkan kita akhirnya akan keluar daripada sindrom ini :-

1. Simpan Dahulu

Gagahkan diri untuk menyimpan pendapatan yang kita terima setiap bulan terutamanya gaji. Lakukan simpanan secara konsisten daripada pendapatan bulanan. Mulakan dengan 5% simpanan daripada pendapatan setiap bulan. Kemudian tambahkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi satu tabiat yang positif. Tempat terbaik untuk menyimpan adalah seperti Tabung Haji, ASB atau Unit Amanah (agak berisiko). Menggunakan emas sebagai simpanan juga adalah baik menggantikan tunai.

2. Zakat + Sedekah

Bagi orang islam, amat penting untuk memastikan setiap pendapatan yang kita terima adalah bersih dan daripada sumber yang halal. Di dalam Islam keberkatan adalah yang paling utama dan keberkatan itu hanya boleh di cari dengan sumber yang halal. Dan untuk memastikan pendapatan kita adalah halal sepnuhnya, zakat adalah penyelesaiannya. Dan tidak lupa perbanyakkan sedekah untuk membuka lagi pintu-pintu rezeki kepada diri kita.

3. Ibu Bapa

Jadilah anak yang baik dan banyak berbakti kepada ibu bapa untuk mendapatkan keredhaan yang berterusan daripada mereka. Memanglah duit bukan satu-satunya cara untuk membalas dan memperolehi keredhaan daripada mereka, namun sekurang-kurannya rezeki yang kita terima dapat di kongsikan bersama mereka. Bukankah itu juga salah satu cara untuk membahagiakan mereka dan itu adalah penyebab untuk rezeki kita sentiasa cukup.

4. Kawal Perbelanjaan

Sememangya perbelanjaan yang tidak terkawal dan tanpa disiplin antara punca utama menyebabkan duit selalu tidak cukup setiap bulan. Kadangkala perbelanjaan yang di lakukan adalah perbelanjaan kerana kemahuan dan bukannya keperluan. Salah satu cara mendisiplinkan diri untuk mengawal perbelanjaan adalah melalui bajet bulanan, Ianya amat mudah di sediakan, sama ada menggunakan excel atau aplikasi percuma yang berada di internet.

5. Ulang

Ini langkah terakhir untuk memastikan pengurusan kewangan di lakukan dengan baik dan berkesan untuk jangka masa pendek dan panjang. Kita hanya perlu ulang setiap langkah di atas dengan baik dan saya yakin masalah kewangan yang kita hadapi akan selesai dengan sendirinya. Nampak mudah bukan? Tapi ramai yang gagal mengikutinya..

Sebenarnya kita tidak perlukan perancangan yang terlalu rumit untuk menguruskan kewangan. Hanya perlukan konsistensi dan disiplin yang tinggi untuk mengelakkan diri kita daripada terkena simptom gaji tak cukup setiap bulan. Bagaimana pula jika kewangan kita memang berada di dalam kedudukan negatif setiap bulan? Apakah yang perlu di lakukan? Nantikan post akan datang minggu depan.

Catat Ulasan

0 Ulasan