Nak Jual Produk Jenama Sendiri? Artikel Ini Akan Buat Anda Berfikir Semula

Beberapa hari lepas wife saya ada tanya pendapat saya. Dia tanya kat saya sama ada boleh ke kalau dia nak jual tudung online jenama sendiri. Sebenarnya wife saya dan  adik beradik dia bercadang nak jual tudung online, jenama sendiri. Yang jadi modelnya adik dia, sebab dia cakap adik dia tu kalau pakai tudung apa pun cantik. So wife saya dan kakak dia jadi orang belakang tabir je la uruskan pemasaran dan kerja-kerja lain..


Saya cakap takde masalah kalau nak jual tapi dia ada consider tak benda-benda ni, nak jual tudung kat sape, nak jual kat mana, orang yakin tak nak beli tudung dia (iyelakan, jenama sendiri) dan macam-macam lagi. Dari pengetahuan saya, dieorang selama ni pun tak pernah berniaga secara online, apa lagi jual tudung secara online. Wife saya dulu ada la pernah sekejap berniaga online masa dia bujang-bujang, tapi lepas kahwin ni takdelah pulak saya tengok dia aktif berniaga...huhu...

Saya bagi nasihat kat dia, sebelum kita mula jual tudung atau apa sahaja produk jenama kita, kita perlu buat dan dapat hasil dahulu daripada jual barang orang lain. Kalau nak cepat, jual tudung atau produk yang dah ada jenama dan ada permintaan. Kalau kita dah berjaya jual tudung jenama orang lain, barulah kita boleh berkira-kira untuk jual tudung jenama sendiri..Sebab masa tu kita dah ada customer sendiri. Customer yang percaya dengan kita. So senang la nak tarik customer sedia ada beli produk jenama kita sendiri..Lagipun jual produk orang lain terutamanya secara dropship, risiko dia kurang..

  • 5 Cara Dapatkan Database Customer Secara Percuma

Macam ni la..kalau korang ada berkira-kira nak jual atau berniaga secara online, pastikan ilmu pemasaran korang mantap. Sebab sekarang ni semua orang boleh berniaga secara online dan semua orang boleh menjadi pesaing kita. Kat facebook sahaja berapa banyak yang meniaga online. Cuba tengok gambar kat bawah ni, ada 2,300,000 orang kat Malaysia ni yang ada Fanpage kat facebook.

Walaupun mungkin tu dah termasuk admin daripada page-page lawak, sosial dan viral, kalau ambik separuh pun still ada 1 juta lebih orang yang meniaga online. So macam mana nak bersaing dengan mereka kalau skill pemasaran kita tak di upgrade dari semasa ke semasa.


Sebab tu saya cakap, sebelum kita bersemangat nak jual produk jenama sendiri pastikan kita dah ada skill pemasaran yang bagus. Cara yang paling baik adalah jual produk orang lain dulu secara dropship. Kalau kita berjaya jual produk orang lain, barulah kita beralih ke produk sendiri.Itupun selepas kita ada database customer. Kalau takde database customer, banyaklah modal kita kena keluar nak mulakan balik. So kepada korang yang meniaga online ni, rajin-rajin la simpan dataabase customer.

Okay, tadi saya cakap medium facebook, sekarang saya nak cakap pasal medium instagram pulak. Kat bawah ni saya baru tunjuk senarai mereka yang ada akaun dengan username 'tudung'. Belum lagi masuk jubah, telekung, baju kanak-kanak, alat mainan dan lain-lain..Saya yakin peniaga di instagram juga semakin ramai. Walaupun data ini juga sebenarnya menunjukkan perkembangan positif sebab perniagaan online semakin mendapat tempat kat Malaysia ni. Pada masa yang sama juga, ini menunjukkan persaingan semakin sengit.


So apa tujuan saya tunjuk semua data ni? Saya tunjuk semua data ni untuk memberitahu kepada korang yang baru atau dah berniaga secara online untuk cepat-cepat upgrade ilmu perniagaan online dari semasa ke semasa. Terutamanya pasal pemasaran, pasal pengurusan, pasal kewangan, channel dan lain-lain. Sebab kalau kita masih menggunakan cara lama atau masih sama macam dulu, tak mustahil kita akan ketinggalan.

Nasihat saya, cuba kecikkan skop perniagaan kepada yang lebih spesifik. jangan terlalu general sebab kita tak boleh nak masuk semua market melainkan kita ada modal yang besar macam Dato Alif. So korang yang baru nak mula, fokus pada yang kecik dahulu. Contoh kalau ambik target market, daripada korang target semua pempuan kat malaysia ni, apa kata ambik sahaja target market pempuan kat area korang je. Kalau kat PJ, fokus PJ je dulu. Kalau lebih kecik, lebih bagus sebab korang lagi senang nak berurusan dengan customer.

Kalau korang pilih pemasaran online, kalau bajet tak banyak, jangan ambik semua channel. Gunakan channel yang paling murah tapi berkesan. Kalau korang tanya saya, saya akan lebih prefer untuk berniaga menggunakan facebook sebab saya tahu kebanyakan prospek saya suka lepak kat facebook. Kalau korang berniaga produk fizikal, saya sarankan korang bermula dengan channel instagram. Sebab ia murah dan capaian market lebih mudah dan besar.

Walaupun channel instagram ni murah dan capaian lebih besar daripada facebook, ia tetap sukar untuk korang masuk macam tu je. Ingat semua orang akan terus follow korang kat instagram macam tu je ke. Nak-nak kalau instagram korang dah letak nama Kedai Kanak-Kanak, Tudung Murah, Tudung F***da dan macam-macam lagi nama bisnes, konfirm orang susah nak follow sebab dieorang tahu korang upload gambar pun gambar untuk meniaga.

Tapi macam saya cakap, semua ni takde masalah kalau korang ada ilmu yang cukup, ilmu yang betul daripada orang yang betul. Dengan peningkatan peniaga-peniaga online kat Malaysia ni juga semakin meningkatnya sifu-sifu yang ada kat Malaysia ni. Ada yang betul, ada yang pandai cakap je, ada yang pandai kelentong je dan macam-macam lagi. Untuk peniaga online ni, saya sarankan korang belajar daripada mereka yang betul-betul ada track record yang bagus.

Kalau untuk pemasaran facebook, saya boleh rekomenkan korang dengan Tuan Faizal. Dengan Modul MB2000 tu saya yakin, korang akan nampak macam mana beliau bantu banyak usahawan online baru bermula dengan kosong sehinggalah mereka mencapai jualan 4 hingga 5 angka sebulan.
Saya sendiri ada dalam group support Tuan Faizal sebab ada beli salah satu produk dia dulu.

Kalau pemasaran instagram, saya akan rekomenkan kat korang untuk sedut ilmu daripada Tuan Ismail Arshad. Sebab saya tahu dia memang berniaga secara online di instagram dah lama dan saya yakin dia ada banyak ilmu berguna untuk berniaga di instagram. Selain daripada berniaga online, Tuan Ismail juga ada buat kelas untuk mereka yang nak berniaga secara online menggunakan medium instagram. Setakat ni beliau dah ada 2000 student yang belajar secara direct kat seminar-seminar beliau sebelum ni. Malah, baru-baru ni dia ada keluarkan DVD Pemasaran Instagram yang mengandungi modul lengkap perniagaan di instagram.

Daripada start bukak akaun di instagram sampailah kepada macam mana nak lariskan jualan di instagram menggunakan panduan, tips dan strategi yang beliau sendiri gunakan. So maknanya korang yang dapatkan DVD ni akan belajar ilmu praktikal yang boleh korang sendiri applykan kat dalam bisnes masing-masing.

Secara kesimpulannya, saya nak bagitahu bahawa persaingan akan tetap ada kat channel, tempat, pelanggan atau apa sahaja perkara bila di namakan perniagaan. So, sebelum masuk ke dalam realiti perniagaan sebenar, carilah ilmu dahulu. Jangan terlalu yakin pada diri sendiri kalau takde ilmu yang cukup. Sebab berniaga memang kena berani, tapi berani yang berilmu, baru kita boleh kurang risiko-risiko kerugian yang akan kita hadapi sebelum kita mendapat keuntungan. Okay?

Catat Ulasan

0 Ulasan