Kuasa 5 Saat Untuk Membuat Perubahan

Baiklah, di dalam seksyen 'Buku Kegemaran' blog ini, saya akan share dengan korang buku-buku atau bahan  bacaan yang saya rekomen untuk anda baca.

Tabiat membaca ni sebenarnya bagus untuk kita. Selain daripada boleh menenangkan fikiran dan lebih relaks, membaca juga adalah salah satu cara untuk kita dapat idea-idea baru.

Kalau orang berniaga, membaca adalah amat-amat di galakkan!


Orait, untuk post pertama di dalam seksyen ini, saya nak share buku yang saya kira mengembalikan semula hobi membaca saya ni.

Buku ini saya tak beli secara fizikal sebab dengan kecanggihan teknologi hari ini, beli buku pakai handphone pun boleh!

So, ia dalam bentul digital atau ebook.

Tajuk  buku ni agak menarik kerana ia berkait rapat dengan masa.

Dan masa kita hari ini amat-amat pantas sehinggakan seharian masa berlalu pun dah tak terasa!

'The 5 Second Rule' adalah karya Mel Robbins (mula-mula saya ingat dia ni ada kena mengena dengan Tony Robbins, rupanya tak) dan saya pun tak tau siapa dia sampailah saya search dan tengok video-video dia kat youtube dalam channel Ted Talk.

Tak silap saya tajuk video tu adalah,"Stop Screwing Yourself".

So kalau korang nak tengok video tu, carik je la kat youtube ok?

Orait, berbalik semula pada buku ni.

Dalam bahasa melayunya, "Peraturan 5 Saat".

Sepintas lalu kita boleh agak buku ni berkenaan kuasa tindakan.

Tindakan yang perlu di lakukan oleh seseorang untuk lakukan apa sahaja tak kisahlah dalam buat keputusan, ubah tabiat, jadi lebih baik dan macam-macam lagi.

Dalam buku ni Mel Robbins cerita pasal sejarah hidup dan bisnes dia yang mulanya orang kata gagal dan akhirnya bangkit dengan menggunakan peraturan 5 saat ni.

Mengapa 5 saat? mengapa bukan 10, 20 atau 30?

Menurut Mel, 5 saat ni sudah cukup otak manusia buat keputusan tanpa perlu berlengah-lengah kerana makin lama masa yang di ambil, otak kita ni akan automatik cari alasan untuk selamatkan diri kita.

Wow, apa maksudnya tu?

Macam ni, katakanlah kita nak bangun pagi.

Dan selalunya kita akan ambil masa untuk bangun walaupun loceng jam dan berbunyi.

Bila kita ambil masa yang lama untuk bangun, of course otak kita akan memainkan peranan dengan cuba memastikan kita lebih selesa untuk tidur lebih lama.

So dengan peraturan 5 saat, tabiat terus bangun bila dengan bunyi loceng jam akan berlaku dengan pantas bila kita mengira secara terbalik 5, 4, 3, 2 dan 1, terus bangun.

Jangan bagi peluang untuk otak kita melengah-lengahkan masa dan mencipta alasan untuk tidur lebih lama.

So macam mana nak praktik peraturan 5 saat ni?

Senang, hanya kira mengundur dan terus buat apa yang kita nak buat.

Jangan bagi otak kita berfikir dan mencipta alasan.

Senang cerita, saya amat galakkan korang untuk baca sendiri buku ni.

Dekat kedai buku saya tak pasti ada buku ni ke tak, cuma kalau nak senang beli je kat google play ataupun boleh try beli kat amazon.com.

Ni saya bagi link kalau nak tengok detail buku ni kat google play. http://bit.ly/2tTyVlQ

Oh ya, thank sebab baca post ni sampai habis.

Kalau korang rasa post ni okay dan memberi manfaat kat orang lain, mintak jasa korang untuk SHARE post ni kat wall facebook masing-masing.

Barulah semangat saya nak menulis dan berkongsi..hehe..

Jumpa lagi guys!

Catat Ulasan

0 Ulasan