Berapa Ramai Orang Yang Dapat Kita Bantu Melalui Bisnes Kita?

Mungkin anda dah kerap kali baca atau dengar tajuk seperti di atas. Biasanya pakar-pakar motivasi sukalah guna ayat-ayat macam ni. Cliche sangat orang cakap. Tapi apa yang saya nak ulas hari ini memang ada kena mengena dengan apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini. Dengan musim PKP yang belum habis lagi sehingga ke saat ini, Orang-orang bisnes selalu mengeluh pasal sales tak cukup la, covid19 jejaskan bisnes la. So apa yang nak saya kata? Itulah yang kita sedang hadapi sekarang. Dan ia bukan hanya berlaku kepada kita sahaja, tetapi orang di seluruh dunia. Bila situasi seperti ini berlaku, ramai orang yang buat bisnes mula tertekan, tak boleh keluar rumah, tak boleh jumpa pelanggan dan macam-macam lagi masalah yang datang. Kebanyakannya tertekan sebab duit. Mindset kita di penuhi dengan macam-macam bebanan macam mana nak dapat duit di musim PKP ni. Sebelum kita mula, tukar mindset anda dahulu. Cuba berfikir dengan keadaan paling tenang, tanya pada diri sendiri soalan ni. Macam mana produk saya boleh bantu pelanggan? Kalau anda berjaya jawab soalan ni dengan jayanya, saya yakin duit akan datang kepada anda. Moga bermanfaat.

Catat Ulasan

0 Ulasan