Boikot Tak Bertempat

Beberapa minggu lalu, negara kita di kejutkan dengan kes pergaduhan di Plaza Lowyat KL. Pergaduhan yang berlaku pada minggu akhir bulan Ramadhan. Senang cerita, pergaduhan antara penjual dan pembeli, dan kalau nak lebih kontroversi lagi, antara melayu dengan cina. Saya tak nak ulas isu tersebut kerana kes tersebut pun telah menjadi kes polis. Biar polis yang selesaikan.

Plaza Lowyat, Kuala Lumpur
Khabarnya dan saya tak pasti sama ada ia betul atau tak, Plaza Lowyat dah tak ramai pengunjung. Banyak kemungkinan perkara ini boleh berlaku. Majoriti pengunjung adalah melayu. Pada minggu tersebut ramai orang sudah mula bercuti dan saya tak fikir orang akan shopping raya di Plaza Lowyat. Cuma bila jadi satu-satu perkara, ia di kaitkan dengan kononnya ia adalah kesan daripada boikot yang di jalankan. 

Post ini bukan nak cerita pasal Plaza Lowyat, tetapi saya nak ulas berkenaan 'Boikot Tak Bertempat' yang dah memang di lakukan oleh orang kita sendiri sebenarnya. Jika benar pun Plaza Lowyat dah takde pengunjung kerana boikot, kita patut lagi sedar dan buka mata, ada banyak tempat lain yang mungkin telah lama di boikot oleh orang kita sendiri. Akhirnya, peniaga-peniaga yang majoritinya melayu islam tidak dapat meneruskan perniagaan.

Anda tahu kat mana Anggerik Mall? Pernah dengar tempat shopping ni? Saya pun sebenarnya baru tahu juga akan kewujudan tempat ni. Semalam (Sabtu, 25/07/2015), saya berkesempatan ke sana kerana isteri saya ingin mencari tudung. Itupun sebenarnya atas cadangan saya kerana saya tahu di situ memang majoriti peniaga adalah melayu. Sehingga ke hari ini, saya baru mengunjungi Mall tersebut 2 kali. Saya tidak tahu kewujudan Mall tersebut sebelum ini.

Anggerik Mall, Shah Alam
Apabila saya ke sana, saya tahu Anggerik Mall telah lama di buka berdasarkan bangunan dan juga jenis kedai-kedai yang berada di dalamnya. Malangnya, kebanyakan kedai tiada peniaga. boleh di katakan 80% kedai kosong. Jika di lihat ruang dalam yang boleh di kategorikan sebagai sederhana, saya  rasa tiada masalah dari segi kebersihan, dan juga fasiliti yang di sediakan. Malangnya, tiada pengunjung yang dapat memeriahkan dan menghidupkan Mall ini.

Ruang Dalam Utama, Anggerik Mall
Adakah situasi ini berpunca daripada boikot orang kita sendiri sebenarnya? Kita sibuk melaung-laungkan boikot kedai-kedai orang cina, tapi pada masa yang sama tidak sedar yang kita telah pun memboikot kedai-kedai milik orang melayu sejak lama lagi. Sehingga ke hari ini, boleh di katakan shopping-shopping complex milik orang cina di kunjungi sebahagian besar oleh orang melayu sendiri. Setakat nak boikot satu shopping compleks orang cina, tak beri kesan kepada mereka.

Apa yang saya perhatikan, antara salah satu sebab mengapa Anggerik Mall tiada pengunjung adalah kerana market di dalam bangunan itu sahaja terlalu sedikit. Kebanyakan pemilik perniagaan adalah mereka yang menjual pakaian. Kedai-kedai seperti komputer, telefon bimbit, dan pusat hiburan keluarga boleh di katakan hampir tiada.

Medan Selera, Anggerik Mall
Mungkin sudah tiba masanya pihak pengurusan Anggerik Mall melakukan sesuatu untuk membantu pemilik-pemilik perniagaan melayu islam kita menjalankan perniagaan dengan lebih baik. Jangan biarkan kedai-kedai milik peniaga melayu di boikot secara tidak langsung oleh bangsanya sendiri. Belajarlah daripada pengurusan-pengurusan shopping complex yang mempunyai ramai pengunjung. Agak sedih apabila negara kita yang majoritinya adalah orang melayu menjadi minoriti di dalam bidag perniagaan yang sewajarnya di kuasai oleh orang melayu juga.

Post ini hanyalah untuk memberikan motivasi kepada peniaga-peniaga melayu untuk terus bangkit dan meningkatkan tahap ekonomi masing-masing agar kita semua mendapat manfaat yang besar hasil daripada muamalah ini. Belajar dan terus belajar bagaiman bangsa cina di negara kita amat berjaya di dalam perniagaan. Dan jadikan kemajmukan bangsa di negara kita membawa kesepaduan semua kaum di Malaysia. Say No To Racist!

Catat Ulasan

0 Ulasan